Wednesday, June 4, 2008

Ayah dan Piala...

Assalamualaikum...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)




Ada satu kisah yang aku ingin kongsikan bersama. Kisah ini berlaku sekitar aku darjah 5 (aku kurang pasti). Aku merupakan ahli Puteri Islam sekolah. Cikgu meminta aku jadi wakil pertandingan bercerita kisah sirah anbia’ untuk Pertandingan Bercerita sempena Hari Puteri Peringkat Bahagian. Aku terima…


Setibanya aku di rumah pada hari itu, aku bercerita dengan ayah. Aku jadi rungsing, kerana aku tidak tahu kisah anbia’ mana yang harus aku ketengahkan. Ayah mendengar kerisauanku. Dengan tersenyum, ayah menawarkan untuk membuatkan skrip cerita untuk aku bawakan sempena pertandingan itu. Aku tertawa girang…Selesai masalah aku…=) Sayang Ayah…

Keesokan harinya, ayah memanggil aku. Menyerahkan skrip cerita…Aku tertanya2, kisah nabi mana yang menjadi pilihan ayah. KISAH NABI AYUB AS…Subhanallah…Aku sangat tertarik dengan jalan ceritanya. Ayah mengolah ayat dengan sangat cantik. Malah aku tahu, ayah mahu aku mengambil pengajaran sekali daripada cerita itu.

Maka aku mula menghafal skrip cerita…Berlatih setiap hari…Pada hari pertandingan, ayah tak dapat datang. Tapi semangat ayah ada…semasa aku bercerita. Ini pengalaman pertamaku menyertai pertandingan ini. Dan alhamdulillah…aku berjaya meraih piala tempat ke-2. Aku bawa balik piala, bagi ayah tengok. Ayah senyum…ucap tahniah.



Sampai hari ini, mak masih simpan piala tu. Piala ini piala pertama aku perolehi sepanjang pengalaman aku sebagai pelajar…=) Mak tahu, piala tu sangat berharga. Setiap kali aku balik, piala tu ada di simpan di almari tamu. Setiap kali terpandang piala tu, aku akan teringat kisah Nabi Ayub, yang sangat tabah…kuat…berani…Semakin aku dewasa, aku terfikir, cara ayah mengajar aku menjadi seorang “manusia”. Sangat halus, prihatin, dan sangat memahami. Kasih sayang ayah ku rasakan di mana2, walaupun aku berada jauh di matanya. Ayah sentiasa berusaha menjadikan aku dan adik2 sebagai manusia yang terbaik…Ayah selalu ingatkan aku, yang dia sentiasa mendokan kebahagiaan aku, kesejahteraan aku, dan kejayaan aku…walau di mana aku berada...doa ayah ada di mana2. Subhanallah…

Ayah…tidak perlu untuk satu dunia tahu yang sha sayang ayah…Biarlah ayah seorang tahu, yang anakmu ini sangat menyayangi ayah…merindui suara nasihatmu…dan doaku semoga ayah sentiasa gembira, sihat, dan tabah…melayan kerenah anak2 mu. Ayah ketahuilah…ayah GURU terbaik yang sha ada…Sayang Ayah…=)

Ya Allah Ya Tuhanku…Ku mohon dengan sepenuh hati agar Kau peliharalah ayah dan ibuku…Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sedari kecil…Tiada kata yang mampu menggambarkan pengorbanan mereka dan betapa besar dan tulusnya kasih sayang mereka kepadaku…Ya Allah, sesungguhnya Kau lebih Mengetahui… Maka perkenankanlah doa hamba ini…Amin.

1 comment:

Unknown said...

salam perjuangan...

berbaktilah kepad kedua ibu bapa kita selagi masih berkesempatan selagi masih hidup dan sesudah mereka meninggal dunia...