Tuesday, April 21, 2009

Manusia tak prihatin terakhir...

Assalamualaikum...

Aku masih geram dengan satu peristiwa pagi yang aku alami. Seperti biasa, seawal pukul 7 pagi, aku dh memulakan perjalanan menuju tempat kerja. Pagi tu, aku menaiki LRT cam biasa. LRT pun mcm biasa, penuh. Selalu aku kena tunggu sampai stesen KLCC baru la LRT tu lengang dan aku dpt duduk (dan tido!!!).

Cuma nk cerita, satu pagi nih. Aku lupa kat stesen mana, ada la seorang pakcik cina yang berpakaian agak lusuh dan tempang (pakai tongkat)masuk ke dalam LRT.Aku menjangkakan pasti ada seorang yang akan mempelawa untuk dia duduk. Tapi malangnya, tiada seorang pun yang bermurah hati menawarkan tempat duduk untuk pakcik tersebut. Kebetulan, aku ternampak seorang mamat cina yang sedang duduk, membaca buku, mula mengemas bukunya, memasukkan ke dalam beg. Hatiku berkata, pasti mamat cina ini ingin menawarkan tempat duduknya. Aku pasti, wanita yang sedang berdiri di hadapannya juga berfikiran sama denganku. Rupanya tidak, mamat tersebut dengan selamba memandang pakcik tersebut kemudian dia mula melelapkan mata. Wanita di hadapannya berkerut muka melihat perangai tak senonoh mamat tersebut. Padahal, pakcik tempang tadi terhuyung hayang menahan badannya agar tidak jatuh dan cuba berpaut pada tiang besi. Geram bukan kepalang aku pada mamat cina itu. Mau saja aku bersuara tapi takut pulak nak buat hal pagi2 ni. Masa tu aku membayangkan di tanganku ada tukul besi sebesar dua penumbuk dan aku benamkan pada kepala mamat cina tu. Padan muka!!!!

Nasib baik la, selang 2 stesen, ada seorang makcik berdiri keluar dan tempat duduknya kosong. Wanita yang berada di hadapan mamat hampeh tadi segera meminta pada pakcik tempang itu supaya mengambil tempat itu. Aduh, baiknya wanita itu. Kesian kat pak cik tu.

Hei...kenapa la mamat tadi tu tak de perasaan kesian langsung pada pakcik tu? Padahal dah terang kat dinding LRT tu tulis "tempat duduk ini dikhaskan untuk orang cacat/wanita mengandung" (lebih kurang camtu la ayatnya). Tak reti baca ka?!!!! Harap mamat tu jer satu2 nya Malaysian yang tidak prihatin kat Malaysia ni. MAMAT TAK PRIHATIN TERAKHIR!!!!!

Hormatilah orang tua, sayangilah orang kurang upaya,anak yatim, saudara Muslim dan masyarakat sekeliling. Jadilah manusia prihatin, agar kita di sayangi semua orang...

Wednesday, February 18, 2009

Satu cerita...

Assalamualaikum....

Sini ada satu cerita...
Orang tua-tua kata "KERANA MULUT BADAN BINASA"...Ayoyo..Binasa macamana pun aku tak tau nk kata. Tapi ada betul jugak tu.

Satu cerita tu macam ni...ada beberapa watak. yang baik, jahat, antagonis...hehe..Dalam cerita ni, ada watak yg suka buat cerita...watak ni aku masih samar2 nk bagi pada siapa. Tapi aku doa supaya aku jumpa orang "yang sesuai" nak bagi watak ni.

(Aik..apa cerita ni..)Ntah la...malas plak aku nak cerita. buat sakit hati plak. Lagipun watak2 dalam cerita ni tak lengkap. Cuma nak nasihat pada kawan2 sejati aku, jangan terlalu percaya cakap orang yang kita tak berapa nak kenal. Kalau ada orang yang kita tak kenal, mai bawak cerita kat kita, jangan la percaya terus. Pastu nak marah2 tak tentu pasal. Tak pasal2, kerja aku tak siap, masa aku terbuang, aku rugi tak dapat claim gaji masa aku yang terbuang tuh!!!!! RUGI...RUGI...(Betul..betul..betul..)

(Apa la ceritanya ni...Penin!!!)Apa2 pun sebenarnya aku takde niat nak cerita kisah aku ni kat sini. Karang mengumpat, tambah dosa. Aku nak jadi baik. karang mati, bekalan tak cukup. Huhu...Tak pasal2 tak dapat masuk syurga. Ngeri!!!

Ok la...Sorry kawan2. takde cerita...Saje mengisi 5 minit aku yang terluang ni.

Ya Allah Ya Tuhanku...Jadikanlah kami hamba-hamba yang tergolong dalam senarai ahli syurga-Mu. Amin...

Thursday, January 29, 2009

Gong Xi Fat Choi

Salam buat semua...

Sekian lama...bz benar sgt kot saya nih, smpai nk update blog ni pun susah sgt. Padahal, baru dua hari lepas balik dari berjalan2 dengan sahabat2 baik. huhu...(Guyz, trip tu best giler!!!!!)

Nak kata menyambut raya cina, kitorang xde plak keturunan cina. kecuali Lady D, ada la kaitan skit. (D, betul kan?).So, sempena cuti raya cina lepas, kitorang berjalan2 ke kuantan, naik ke kuala terengganu, turun balik kuantan, terus turun KL balik. Part turun KL semula tu paling x best. Hehe...dah la jammed, memikirkan esok nak balik kerja, rasa cam malas gile. (bayangkan klu watak kartun tu, rambut tegak sambil mata kaler biru, ada penukul atas kepala!!!)Nasib baik Aing ada, menghiburkan seisi kereta WQS tu.(Zes, betul ke nama kete ko tu?)

Nak dilengkapkan cerita, Ahad lepas, kitorang (Zezes, aku n Sopi) memulakan perjalanan dr KL ke kuantan, nk menghadiri pertunangan sorg senior tercinta kami, K.Hasnida. Sambil tu, ingt nk cari berkat skit, kot2 tahun depan giliran kami pulak. (padahal, aku x tau pun nk pg umah org tunang. Sape yang pakai jeans datang umah org tunang tuh?? tak pg skool ka?!!! Ayark!!! Rasa cam kena tusuk lubang idung plak...) Pastu, kitorang, (termasuk D) pg jalan2 plak kt ECM Kuantan, dan terus ke Teluk Cempedak yang sgt mendamaikan hati. Happening giler tempat tuh...dengan band, clown puppet yang klakar dan sedikit menipu, abang buat souvenier pasir yang loyar buruk!!! (siot jer abg tuh!!!)

Esoknya, sume bangun lambat, D tukar baju smpai 3 pasang, and kitorg (zezes, aku, sopi n D) bertolak plak ke KT, nk tgk adik Aing khawin. (Di ulangi!!!Adik Aing yg kawen, BUKAN Aing budak Mister tuh). Sebelum tu, Mak Sopi masakkan nasi lemak yg sedap giler kt kitorang. Pastu kitorang bjalan2 kt KT plak, sambil menghasut Aing untuk menyertai kitorang (oit!!Apsal ayat aku skema giler nih?). Aing, nasib baik ko ikut...aku suka giler!!! (ko bayangkan kartun yang muka tersenyum lebar sambil ada angel atas kepala tuh).Balik dr KT, singgah Cherating. Tp dh malam. Best siot lepak ngn K.Wazi n K. Sha sampai kul 1.30 pg. Banyak gak cerita2 lama terbongkar dan terbunuh!!! (cam cerita perang Gaza plak). Aku sorg jer sempat jalan2 kt Cherating. Best siot!!! (Zes, jangan jeles!!!) Tambah ada puteri Auni, anak K.Imah yg cun n comel giler tu.

Hari last (Selasa), kitorang semua (Zezes, aku, D, Aing, K.Wazi, K.Sha n K.imah sefamili) berjalan2 plak kat Kuantan balik. Pg tmpat yang sama, termasuk Teluk Cempedak tuh. Time tu, aku rasa malasnyer nk balik KL. Nk jer tinggal kt TC tu. (aku bukan cam Zezes, nk ada 3 OU kt kuantan, br nk tinggal Kuantan. Cukup ada TC sebijik tu. Huhu...). Time pg umah Sopi, meniti titi buruk tu best. (jgn cakap kt org lain yg kita x pernah pg Melbourne. Sori la kwn Sopi ditipu oleh aku. Wakakak...Tp aku tau dia tau aku tipu.)

Finally for the very best trip, thanks to all yang telah menjayakan trip raya cina kali ni. Special thanks to WQS and WRY Lady D.(D, betul ke plat no kete ko tu?) Tanpa mereka, tiada lah trip ini. Thanks to Zezes yg initiate trip ni, n pada Sopi n Aing yg telah menyerikan raya cina tahun ini. Gong Xi Fat Choi. (Luke, rugi la ko x de. Aku akan menyokong hasrat Zezes untuk mengalahkan rivalnya untuk trip akan datang. Next time Gunung Kinabalu plak. Ayark!!!)

Satu lagi nk share, semalam aku attend satu program kt IKIM, Jalan Duta sempena dengan Malam Untuk Palestin. Memang best walaupun balik lewat malam dah. Aku join dgn IRM. Thanks pada staff IRM yg mmg sempoi n best giler. K. Mardiana, K.Fadh, Shidi (tq hantar aku balik Vista) n semua. Thanks gak pada kwn2 yg join dr UIA, Irfan n Hakimi (keta Kimi lawa la) n finally pd K. Fatimah. Thanks jugak pd kwn2 volunteer lain cam May, Diana n kwn Shidi (lupa plak tanya nama). Semalam, aku mmg puas hati, selain jd volunteer IRM kt program tu, aku dpt tgk Dr. Lim Swee Tin bacakan puisi Apizionis yg aku suka giler tu. Mmg boleh menangis klu dgr. Sebelum ni tgk kt TV, kali ni tgk Live. Mmg terharu. Sempat plak berbual panjang dgn dia. He is a very good performer...

Di mana-mana api Zionis cakarnya menerawang
Di mana-mana api Zionis lidahnya menyilang
Di mana-mana api Zionis jalarnya merongga ruang
Di mana-mana api Zionis perciknya menghangus pulang

Pada kwn2 yg lain, saya menyeru sekiranya anda ada jalan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza, dengan apa cara sekalipun, lakukanlah. berdoa...solat hajat...Moga mereka (rakyat Palestin) tabah. Mereka mmg di lahirkan untuk tabah..InsyaAllah...

Jumpa lagi semuanya...=)

Ya Allah Ya Tuhanku...Selamatkanlah bumi Gaza. Terima Kasih pada kedamaian yg Kau kurniakan buat kami semua...Amin.

Sunday, January 18, 2009

Salam buat semua...
Wah...lama sungguh tak update blog ni. Bukannya tiada masa, cuma malas sedikit. Jadi, hari ini macam rajin pulak..=p

Tengah kerja ni...sambil2 la yer. (Adakah ini curi tulang namanya...???)

Well, cuma nak bagitahu empunya blog ini masih hidup. Huhu...Nanti kita cerita lagi...

Semoga semuanya baik2 saja..=)