Tuesday, April 21, 2009

Manusia tak prihatin terakhir...

Assalamualaikum...

Aku masih geram dengan satu peristiwa pagi yang aku alami. Seperti biasa, seawal pukul 7 pagi, aku dh memulakan perjalanan menuju tempat kerja. Pagi tu, aku menaiki LRT cam biasa. LRT pun mcm biasa, penuh. Selalu aku kena tunggu sampai stesen KLCC baru la LRT tu lengang dan aku dpt duduk (dan tido!!!).

Cuma nk cerita, satu pagi nih. Aku lupa kat stesen mana, ada la seorang pakcik cina yang berpakaian agak lusuh dan tempang (pakai tongkat)masuk ke dalam LRT.Aku menjangkakan pasti ada seorang yang akan mempelawa untuk dia duduk. Tapi malangnya, tiada seorang pun yang bermurah hati menawarkan tempat duduk untuk pakcik tersebut. Kebetulan, aku ternampak seorang mamat cina yang sedang duduk, membaca buku, mula mengemas bukunya, memasukkan ke dalam beg. Hatiku berkata, pasti mamat cina ini ingin menawarkan tempat duduknya. Aku pasti, wanita yang sedang berdiri di hadapannya juga berfikiran sama denganku. Rupanya tidak, mamat tersebut dengan selamba memandang pakcik tersebut kemudian dia mula melelapkan mata. Wanita di hadapannya berkerut muka melihat perangai tak senonoh mamat tersebut. Padahal, pakcik tempang tadi terhuyung hayang menahan badannya agar tidak jatuh dan cuba berpaut pada tiang besi. Geram bukan kepalang aku pada mamat cina itu. Mau saja aku bersuara tapi takut pulak nak buat hal pagi2 ni. Masa tu aku membayangkan di tanganku ada tukul besi sebesar dua penumbuk dan aku benamkan pada kepala mamat cina tu. Padan muka!!!!

Nasib baik la, selang 2 stesen, ada seorang makcik berdiri keluar dan tempat duduknya kosong. Wanita yang berada di hadapan mamat hampeh tadi segera meminta pada pakcik tempang itu supaya mengambil tempat itu. Aduh, baiknya wanita itu. Kesian kat pak cik tu.

Hei...kenapa la mamat tadi tu tak de perasaan kesian langsung pada pakcik tu? Padahal dah terang kat dinding LRT tu tulis "tempat duduk ini dikhaskan untuk orang cacat/wanita mengandung" (lebih kurang camtu la ayatnya). Tak reti baca ka?!!!! Harap mamat tu jer satu2 nya Malaysian yang tidak prihatin kat Malaysia ni. MAMAT TAK PRIHATIN TERAKHIR!!!!!

Hormatilah orang tua, sayangilah orang kurang upaya,anak yatim, saudara Muslim dan masyarakat sekeliling. Jadilah manusia prihatin, agar kita di sayangi semua orang...

Wednesday, February 18, 2009

Satu cerita...

Assalamualaikum....

Sini ada satu cerita...
Orang tua-tua kata "KERANA MULUT BADAN BINASA"...Ayoyo..Binasa macamana pun aku tak tau nk kata. Tapi ada betul jugak tu.

Satu cerita tu macam ni...ada beberapa watak. yang baik, jahat, antagonis...hehe..Dalam cerita ni, ada watak yg suka buat cerita...watak ni aku masih samar2 nk bagi pada siapa. Tapi aku doa supaya aku jumpa orang "yang sesuai" nak bagi watak ni.

(Aik..apa cerita ni..)Ntah la...malas plak aku nak cerita. buat sakit hati plak. Lagipun watak2 dalam cerita ni tak lengkap. Cuma nak nasihat pada kawan2 sejati aku, jangan terlalu percaya cakap orang yang kita tak berapa nak kenal. Kalau ada orang yang kita tak kenal, mai bawak cerita kat kita, jangan la percaya terus. Pastu nak marah2 tak tentu pasal. Tak pasal2, kerja aku tak siap, masa aku terbuang, aku rugi tak dapat claim gaji masa aku yang terbuang tuh!!!!! RUGI...RUGI...(Betul..betul..betul..)

(Apa la ceritanya ni...Penin!!!)Apa2 pun sebenarnya aku takde niat nak cerita kisah aku ni kat sini. Karang mengumpat, tambah dosa. Aku nak jadi baik. karang mati, bekalan tak cukup. Huhu...Tak pasal2 tak dapat masuk syurga. Ngeri!!!

Ok la...Sorry kawan2. takde cerita...Saje mengisi 5 minit aku yang terluang ni.

Ya Allah Ya Tuhanku...Jadikanlah kami hamba-hamba yang tergolong dalam senarai ahli syurga-Mu. Amin...