Sunday, May 11, 2008

Kasih Ibu, Segalanya....

Assalamualaikum...
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

“A mother is the truest friend we have, when trials heavy and sudden, fall upon us; when adversity takes the place of prosperity; when friends who rejoice with us in our sunshine desert us; when trouble thickens around us, still will she cling to us, and endeavor by her kind precepts and counsels to dissipate the clouds of darkness, and cause peace to return to our hearts.”

2 tahun lepas, aku pernah sakit teruk. Paru-paruku perlu dibedah. Masa itu, kalau boleh, aku ingin tanggung semua beban sendirian. Paling penting, tak mahu keluarga tahu. Membuat mereka susah hati bagiku merupakan perbuatan yang aku sendiri tak boleh nak maafkan. Tapi, atas nasihat rakan-rakan, aku terpaksa memaklumkan pada keluarga. Seorang kawan pernah menasihati aku…” Kau perlu maklumkan pada keluarga, doa mereka mustajab, terutama ibu dan ayah kau”. Sewaktu aku menelefon ke rumah, mak tenang sahaja mendengar khabar itu, malah memberi aku semangat untuk terus kuat, mengingatkan aku bahawa itu semua ujian dari Allah Yang Maha Penyayang. Aku sebak, aku tahu mak tengah bersedih..mengenangkan aku yang jauh darinya. Tapi mak cuba untuk berlagak tabah, kuat…UNTUK AKU...

Sebulan selepas menjalani pembedahan kecil di IJN, aku balik ke rumah. Sebulan cuti panjangku di bazirkan untuk menyelesaikan semua hal…rindu pada mak tidak terkata. Mujur aku masih ada 2 bulan cuti untuk bersama mak. Sewaktu mak menjemputku di airport, aku terus peluk mak…lama,tak mahu lepas. Rindu sangat kat mak…

Semua itu tak berakhir lagi. Kesan dari pembedahan itu, aku terpaksa menjalani rawatan susulan setiap hari. Luka pembedahanku itu bermasalah. Perlu dirawat setiap hari. Mak lah yang banyak membantu..melayan semua kerenah aku. Maafkan sha mak…banyak susahkan mak. Namun, rawatan susulan tersebut seperti tidak membantu. Malah luka semakin teruk. Setiap hari aku cuba sembunyikan kesakitan, berlagak biasa depan mak…tak mahu mak susah hati. Tapi, mak…tetap mak. Mak rupanya merasakan kesakitan itu lebih dari yang aku rasa.

Mak minta semua rawatan dibuat di rumah. Mak kata, biar mak yang rawat luka aku. Mak takut darah…tapi mak beranikan diri…setiap hari…UNTUK AKU…Berkat tangan mak yang merawat, lukaku sembuh tak sampai 2 minggu.

TERIMA KASIH MAK…kerana berkongsi kesakitan, kegembiraan, kesedihan dan segalanya dengan anakmu ini. Tak perlu untuk satu dunia tahu yang sha sayang mak. Cukuplah mak seorang tahu, betapa sayangnya sha pada mak…untuk semua yang mak dah lakukan pada sha…TERIMA KASIH…Mak lah nyawa sha…Selamat hari Ibu…

Ya Allah…Sayangilah ibu dan ayahku, sebagaimana mereka menyayangiku sedari kecil…Amin.

4 comments:

zarL said...

owh..... owh.... hmmm... owh.... x tau pun sume tu... mak ai..... hmmmmmmmm........ abestu? hmm.. moga Allah sembuhkan.. syafakillah... x tau nk ckp pe...

p/s ... mmg la x nk 1 dunia tau.. hm. mmg la biar mak je yg tau.. hm..

Anonymous said...

first blog yg buat aku menitiskan air mata....sha, aku sentiasa doakan ko semoga sihat selalu...

ainguzzle said...

why on earth i didnt read ur blog when u were alive. why?

i knew u were sick. i knew everything.


shaapow...

khai said...

bila ALLAH nak tunjukkan sesuatu.ALLAH takkan tunjuk sekali.....tapi,,dengan penuh hikmahNYA yang maha agung...