Wednesday, May 28, 2008

Mahar Cinta...

Assalamualaikum...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya...


Shifa' hanya ingin mendoakan kebahagiaan teman2 yang bakal melangkah ke gerbang perkhawinan...

Ya Allah Ya Tuhanku...Semoga mereka kekal bahagia di bawah payung kasih sayang-Mu, Ya Illahi...Semoga mereka mampu membentuk keluarga yang bahagia seiring dengan nilai mulia agama-Mu, seterusnya melahirkan si comel yang akan terus menegakkan agama-Mu, Ya Rahman...Amin...

Sunday, May 25, 2008

Cerita Hidup...

Assalamualaikum...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...





Hidup adalah perjalanan mendapatkan kebahagiaan
Sekaligus kehilangan kebahagiaan yang lain
Hidup adalah tidak mendapat semua yang kita inginkan
Hidup adalah menentukan pilihan
Atau tidak memiliki pilihan sama sekali


Ya Allah Ya Tuhanku...Kau damaikanlah hati hamba ini dengan setiap ketentuan yang Kau berikan sepanjang kehidupan hamba ini...Moga hidayah dan rahmat-Mu sentiasa bersama hamba ini...Amin...

Wednesday, May 14, 2008

Cerita Manusia Terpilih...

Assalamualaikum...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

TAWA riang si kecil Nur Mimi Syazlieyana Mohd Sharizam, dua tahun lapan bulan, menunjukkan kesihatannya kembali pulih, malah aktifnya seperti kanak-kanak lain selepas menjalani dua pembedahan di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Kuala Lumpur.

Anak keempat kepada pasangan Mohd Sharizam Mat Yasin, 35, dan Norita Nordin, 32, dari Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor itu menghidapi masalah saluran terbalik dan jantung berlubang sejak kecil.

Dia dirawati menerusi dua pembedahan, masing-masing pada 2005 dan 2006 oleh doktor pakar di hospital terbabit.

Kos rawatan yang dianggarkan lebih RM60,000 itu dibiayai oleh The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) melalui Tabung Kebajikan NSTP yang dilancarkan sejak 27 Mei 1991 (dahulunya dikenali sebagai Tabung Derma The Malay Mail).

Petikan dari myMetro (online)

Alhamdulillah…Syukur ke hadrat Allah yang menyelamatkan adik Nur dengan kasih sayang-Nya. Bila membaca kisah adik Nur, aku teringat tentang seorang teman yang pernah ku ketahui kisahnya suatu masa dulu. Kisah tentang teman ini aku simpan molek dan akan sentiasa aku simpan.

Ku kenal dia sebagai Putri. Cerita Putri….Putri juga sejak lahir disahkan mengalami masalah saluran jantung terbalik. Kesian Putri, dia perlu dibedah untuk membetulkan saluran jantungnya, kalau tak, nyawa Putri dalam bahaya. Tapi, kos yang sangat tinggi membuntukan fikiran ayah Putri. 7 tahun Putri tanggung ujian itu. Selama itu, Putri bergantung dengan pemeriksaan doktor dan ubat-ubatan. Putri tak seperti kanak2 lain. Dia tak boleh bergerak aktif, main2 dengan kawan2 lain. Kalau Putri aktif, dia akan penat. Jantungnya bergerak pantas, kemudian Putri pucat. Doktor kata, itu bahaya. Jadi, Putri hanya boleh tengok kawan2 bermain. Walaupun, sebenarnya hati Putri meronta2 nak sertai kawan2 lain. Putri hanya boleh main basikal depan rumah. Itu pun, ayah Putri kena jaga Putri. Putri ikut saja arahan ayah, dia tak mahu ayah sentiasa di hantui kerisauan tentang dirinya. Pada umur 7 tahun, Putri dah mula faham itu semua.

Putri cerita lagi…Umur 7 tahun, Putri dibedah. Ada badan kerajaan yang bantu keluarga Putri. Putri dijadualkan berada di IJN selama seminggu untuk pembedahan itu. Tapi malang betul Putri, pada hari pembedahan dijadualkan, Putri demam. Doktor kata, bahaya kalau bedah semasa Putri demam. Pembedahan Putri ditangguh. Dari seminggu, Putri kena tahan sampai 2 minggu. Putri cerita, sakit tak terkata. Putri nangis sepanjang malam tahan sakit. Masa tu Putri baru 7 tahun, apa saja yang mampu Putri buat. Kesian dia…

Putri cerita lagi…Selepas pembedahan tu, Putri dah sihat. Cuma, Putri masih tak boleh bergerak aktif. Putri kena betul2 sembuh dulu. Persitiwa itu dah 15 tahun berlalu. Namun, selagi parut ada di tubuh Putri, tak mungkin Putri lupa semua itu. Sekarang Putri dah boleh bergerak aktif…dah boleh bermain semua permainan. Cuma kadang2, ayah Putri bagi amaran. Jangan terlalu aktif…Jaga kesihatan.

Putri dah sihat…Cerita Putri sedih. Setiap kali terbaca berita seperti cerita adik Nur, Putri akan teringat. Aku pun akan teringat cerita Putri.

Hari tu Putri cerita lagi…Putri sakit lagi. Kali ni, sakit Putri tak boleh sembuh. Putri kata dia redha…ujian Allah Maha Agung. Tapi, Putri tak mahu keluarga dia risau. Sebab tu semua dia cuba buat sendiri. Kadang2 teman2 lain yang tolong. Dia lagi sanggup berkongsi cerita ini dengan teman2, daripada merisaukan keluarga Putri. Putri sentiasa berdoa agar dia ada masa yang banyak untuk laksanakan impian2 dia…terutama pada keluarga…

Cerita Putri ajar aku untuk jadi hamba Allah yang redha, menyedarkan aku yang setiap sesuatu itu ada alasan…ada hikmah. Putri juga pesan, sentiasa bersangka baik dengan Sang Pencipta Maha Agung. Walaupun begitu, Putri tetap hidup gembira…Kawan2 kata, Putri seorang yang kuat. Putri kata, Putri MANUSIA TERPILIH…

Alhamdulillah…Kerana itu, aku simpan kisah Putri sebaik mungkin untuk pedoman…

Ya Allah... Tabahkan hati hamba ini yang telah Kau timpakan ujian. Redhakanlah hati hamba ini dengan setiap ketentuan-Mu dan janganlah Kau uji hamba ini dengan ujian yang di luar kemampuan hamba ini untuk menganggungnya. Semoga syurga bahagia milik hamba ini…Amin…

Sunday, May 11, 2008

Kasih Ibu, Segalanya....

Assalamualaikum...
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

“A mother is the truest friend we have, when trials heavy and sudden, fall upon us; when adversity takes the place of prosperity; when friends who rejoice with us in our sunshine desert us; when trouble thickens around us, still will she cling to us, and endeavor by her kind precepts and counsels to dissipate the clouds of darkness, and cause peace to return to our hearts.”

2 tahun lepas, aku pernah sakit teruk. Paru-paruku perlu dibedah. Masa itu, kalau boleh, aku ingin tanggung semua beban sendirian. Paling penting, tak mahu keluarga tahu. Membuat mereka susah hati bagiku merupakan perbuatan yang aku sendiri tak boleh nak maafkan. Tapi, atas nasihat rakan-rakan, aku terpaksa memaklumkan pada keluarga. Seorang kawan pernah menasihati aku…” Kau perlu maklumkan pada keluarga, doa mereka mustajab, terutama ibu dan ayah kau”. Sewaktu aku menelefon ke rumah, mak tenang sahaja mendengar khabar itu, malah memberi aku semangat untuk terus kuat, mengingatkan aku bahawa itu semua ujian dari Allah Yang Maha Penyayang. Aku sebak, aku tahu mak tengah bersedih..mengenangkan aku yang jauh darinya. Tapi mak cuba untuk berlagak tabah, kuat…UNTUK AKU...

Sebulan selepas menjalani pembedahan kecil di IJN, aku balik ke rumah. Sebulan cuti panjangku di bazirkan untuk menyelesaikan semua hal…rindu pada mak tidak terkata. Mujur aku masih ada 2 bulan cuti untuk bersama mak. Sewaktu mak menjemputku di airport, aku terus peluk mak…lama,tak mahu lepas. Rindu sangat kat mak…

Semua itu tak berakhir lagi. Kesan dari pembedahan itu, aku terpaksa menjalani rawatan susulan setiap hari. Luka pembedahanku itu bermasalah. Perlu dirawat setiap hari. Mak lah yang banyak membantu..melayan semua kerenah aku. Maafkan sha mak…banyak susahkan mak. Namun, rawatan susulan tersebut seperti tidak membantu. Malah luka semakin teruk. Setiap hari aku cuba sembunyikan kesakitan, berlagak biasa depan mak…tak mahu mak susah hati. Tapi, mak…tetap mak. Mak rupanya merasakan kesakitan itu lebih dari yang aku rasa.

Mak minta semua rawatan dibuat di rumah. Mak kata, biar mak yang rawat luka aku. Mak takut darah…tapi mak beranikan diri…setiap hari…UNTUK AKU…Berkat tangan mak yang merawat, lukaku sembuh tak sampai 2 minggu.

TERIMA KASIH MAK…kerana berkongsi kesakitan, kegembiraan, kesedihan dan segalanya dengan anakmu ini. Tak perlu untuk satu dunia tahu yang sha sayang mak. Cukuplah mak seorang tahu, betapa sayangnya sha pada mak…untuk semua yang mak dah lakukan pada sha…TERIMA KASIH…Mak lah nyawa sha…Selamat hari Ibu…

Ya Allah…Sayangilah ibu dan ayahku, sebagaimana mereka menyayangiku sedari kecil…Amin.

Tuesday, May 6, 2008

Kisah Tak Sempurna Seorang Manusia

Assalamualaikum...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

"Jangan engkau berlaku buruk dan bermusuh dengan orang yang paling engkau sayang melebihi semua manusia lainnya"

Seorang sahabat agung Nabi SAW dari keturunan al-Ghifari pernah menyatakan ini kepada sahabat lainnya. Namun, kenyataan ini terlalu tinggi untuk di fahami. Maka pemuda berketurunan al-Ghifari menerangkan,

"...Maksudku dari orang yang paling engkau sayang melebihi semua manusia lainnya, itu adalah dirimu sendiri!, aku tidak bermaksud orang lain, engkau menyayangi dirimu melebihi semua manusia lainnya, yang aku katakan: ” Jangan bermusuh dengan yang paling engkau sayangi, yakni jangan emosi berlaku...."

Betapa manusia sering terlupa untuk berlaku adil kepada diri sendiri. Adakah bila kita sering mengutamakan diri sendiri, bermakna kita sudah berlaku adil? Apa beza dengan mementingkan diri sendiri? Bagaimana pula dengan manusia yang sering mengenepikan diri sendiri demi orang lain? Apakah dia tidak sayang pada diri sendiri, asyik memberi laluan pada orang lain? Sering memikirkan perasaan orang, sehingga melukakan hati sendiri?

Kadang-kadang terfikir, betapa jahilnya aku sebagai seorang hamba Allah. Seringkali tidak mampu menyempurnakan satu-satu perkara selari dengan kehendak Yang Maha Esa. Malah seringkali keliru dengan arah yang mana satu harus di pilih. Sedangkan, sebagai Muslim, Islam sudah ada peraturan untuk setiap perkara. Sebagai Muslim, aku patut tahu, dan aku harus tau jalan yang terbaik untuk aku ikut.

Tapi, itulah...aku manusia yang masih mencari jalan terbaik untuk aku pilih. Aku manusia biasa yang selalu menerima hakikat bahawa aku tidak sempurna sebagai makhluk Yang Maha Agung. Malah, aku sentiasa masih memerlukan bimbingan dari keluarga, teman...dan mengharapkan keredhaan Yang Maha Penyayang.

Walau aku tidak sempurna, aku tahu aku tidak boleh kelihatan lemah. Yang paling penting, aku mahu jadi orang yang paling dekat dengan diriku...menyayangi diri sendiri. Kemudian aku mahu jadi orang yang paling diperlukan oleh orang-orang kesayanganku...WALAUPUN AKU TAHU, AKU MANUSIA BIASA, TIDAK SEMPURNA...