Thursday, July 3, 2008

Munajat Shifa'...

Assalamualaikum...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Wahai Allah
Wahai Zat Yang Maha Agung KemualiaanNya
Dan sentiasa memiliki ketinggian
Wahai Penguasa Khazanah yang tidak akan ada kehabisan
Dan Pencipta ArashMu Yang Agung
Wahai yang memiliki sifat yang sempurna
Dan yang menunaikan segala permintaan

Jika Kau menghendaki
Maka dengan sekelip mata pun
Kau boleh mendatangkan taufan
Yang mana lautan pun malu melihatnya
Dan jika Kau mengkehendaki seluruh makhluk ini
Kau boleh tempatkan dalam tempat yang
Sebesar zarah dengan ucapan “KUN”

Sesuatu yg tiada Dikau boleh wujudkan
BagiMu tiada satu pun pekerjaan yang sukar Ya Allah…
Wahai Allah…
Bersihkan dan hapuskanlah
Kekotoran zahir dan batin kami
Dengan kesempurnaanMu dan
Lautan kemaafanMu Ya Allah

Kurniakanlah kepada kami dengan pakaian zuhud dan taqwa
Mengkhidmati makhluk dan menurut sunnah dengan bersih dan nyata
Jadikanlah maksud kehidupan kami
Untuk meninggikan dan mengharumkan
Agama Muhammad SAW

Jadikanlah kami sebagai mentari ilmu
Dan Kau jadikanlah amalan-amalan
Dan kebaikan kami sempurna
Yakni menjadi sumber hidayah kepada kami

Dan orang-orang yang bertaqwa juga
Akan memilih amalan yang soleh
Dengan sinar kecemerlangan
Dan jadikanlah kami seumpama mata air
Yang mengairi Taman Islam di musim gugur
Sehingga ke hari kiamat

Wahai Tuhan semesta alam
Dalam kehidupan yang sesingkat ini
Undilah kerja-kerja dari kami
Perkara yang perlu dikerjakan di sini
Dan peliharakanlah kami Ya Allah
Dari perkara-perkara yang tidak perlu dikerjakan di sini

Bagi hari-hari dalam kehidupan kami
Yang mana kami telah laluinya
Dengan lalai dan leka
Jadikanlah sesuatu yang dapat mengganti kerugiannya
Wahai Allah
Kurniakanlah kami
Dengan kecintaan terhadap Imam
Dan hiaskanlah ia di dalam hati kami
Campakkanlah rasa takut dalam hati kami
Terhadap kekufuran Ya Allah
Terhadap dosa dan terhadap durhaka

Dan jadikanlah kami orang-orang
Yang memperolehi hidayah
Dan hamba-hamba yang bersyukur Ya Allah
Supaya ketika waktu kami mati
Dan di dalam kubur dan di hari kiamat nanti
Kami bersuka cita dan bergembira
Dan Jannatul Firdaus menjadi tempat kami
Ya Allah…

Wahai Allah
Jadikanlah kami segulung ilmu dan amal
Yang mana di hadapan taufan kekufuran
Dan kesyirikan pun tidak dapat meruntuhkan
Dan ianya menjadi pukulan
Bagi menghapuskan segala bidaah
Ya Allah…

Dan ambillah dari kami sebarang khidmat
Untuk membantu agama Muhammad SAW
Yang akan menjadi sedekah yang berterusan
Dan menjadi sumber keselamatan di hari kiamat
Ya Allah…

Wahai Allah…
Daku bukanlah penghuni Jannatul FirdausMu
Dan tiadalah kekuatanku mengatasi api nerakaMu Ya Allah…
Maka berikanlah aku taufik untuk bertaubat
Dan ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah…
Ampunkanlah Ya Allah…
Ampunkanlah Ya Allah…

Kerana sesungguhnya Engkau
Maha Pengampun segala dosa-dosa besar
Ya Allah….Ya Allah…Ya Allah…

1 comment:

Ibnurashidi said...

salam..

adakah lelaki kaya penuh harta tidak dinamakan zuhud?
bagaimana pula lelaki miskin tiada berharta itu juga dinamakan zuhud?
jika anda tahu jawapanya..tlg jwbkan diblog ana..